LAWATAN PENILAIAN AKREDITASI OLEH LEMBAGA JURUTERA MALAYSIA DI UMPSA KAMPUS GAMBANG
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menerima lawatan penilaian Akreditasi Engineering Accreditation Council (EAC), Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) bagi menilai penerusan Akreditasi Penuh dan Interim program berikut :
a) Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Elektrik (Sistem Kuasa) / Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dengan Kepujian di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik;
b) Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Kimia (Sepenuh Masa) dan
c) Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia dengan Kepujian (Separuh Masa) di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses.
Sesi pembukaan lawatan telah dipengerusikan oleh Lt. Kol. Dato’ Prof. Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Bin Sulaiman (Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMPSA. Lawatan pada kali ini dihadiri tiga (3) orang panel yang terdiri daripada Prof. Madya Ir. Dr. Rosemizi Bin Abd Rahim, Prof. Madya Ir. Dr. Umi Fazara Binti Md Ali dan Prof. Madya Ir. Dr. Siti Shawalliah Binti Idris. Turut hadir adalah Prof. Ts. Dr. Sumaiya Binti Zainal Abidin@ Murad (Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses), Prof. Ts. Dr. Hamdan Bin Daniyal (Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik), Ir. Ts. Dr. Nurhidayah Binti Azmy (Pengarah Pusat Akreditasi Akademik) dan wakil-wakil Program/Fakulti yang terlibat.
Semoga tiga (3) program berkenaan berjaya dalam penilaian penerusan Akreditasi Penuh dan Interim ini.
Latest News
19 December 2024