LAWATAN PENANDA ARAS FTKKP, UMPSA KE INSTITUT KEMAHIRAN MARA JOHOR BAHRU
Pada 15 Ogos 2023, lawatan penanda aras (benchmarking) Program Sarjana Muda Teknologi Penyelenggaraan Fasiliti Minyak Dan Gas (BVF) Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP) ke Program Diploma Teknologi Kejuruteraan Gas Institut Kemahiran Mara Johor Bahru telah dijalankan.
Lawatan penanda aras ini diadakan bertujuan untuk memenuhi keperluan semakan silibus bagi program Sarjana Muda Teknologi Penyelenggaraan Fasiliti Minyak dan Gas dengan Kepujian (BVF). Selain itu, lawatan ini bertujuan untuk memperoleh input-input yang berguna sebagai rujukan dan melihat fasiliti pembelajaran makmal berkaitan. Secara tidak langsung, lawatan ini juga bertujuan membina jaringan antara kedua-dua institusi pengajian.
Latest News
19 November 2024