Official Website    

Official Website    

News & Events

Lawatan Industri ke PC Ethylene (PCE) Sdn. Bhd. Paka, Terengganu

Lawatan Industri ke PC Ethylene (PCE) Sdn. Bhd. Paka, Terengganu

Pada 12 Januari 2023 para pelajar Tahun 2 Program Sarjana Muda Teknologi Penyelenggaraan Fasiliti Minyak & Gas (BVF), FTKKP telah berpeluang untuk melawat PC Ethylene Sdn. Bhd. Paka, Terengganu.

Dalam lawatan tersebut para pelajar telah dibawa ke Control Room untuk melihat sendiri bagaimana proses penghasilan ethylene dilakukan selain daripada penerangan yang mendalam berkenaan proses tersebut di Dewan Bunga Raya, PCE.

Program yang berlangsung dari jam 9:00 pagi sehingga jam 3:00 petang itu amat bertepatan dengan silibus pelajar berkenaan Field Instrument Devices & Control dan juga Equipment Maintenance Strategy. Lawatan ini juga telah diiringi oleh dua orang pensyarah yang berkaitan dengan kursus di atas.

Semoga lawatan ini akan menjalinkan kerjasama dan pendedahan yang bermakna buat para pelajar dan pemain industri.

#ftkkp #ump
Image
ADDRESS

Faculty of Chemical and Process Engineering Technology
Level 1 Chancellery Building
Universiti Malaysia Pahang
Al-Sultan Abdullah
Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob
26300 Kuantan
Pahang Darul Makmur.