Official Website    

Official Website    

News & Events

JALINAN MOBILITI ANTARABANGSA: KOLABORASI UAD–UII–FTKKP- JHEPA UMPSA MENJAYAKAN CSR DI SMART KUANTAN

JALINAN MOBILITI ANTARABANGSA: KOLABORASI UAD–UII–FTKKP- JHEPA UMPSA MENJAYAKAN CSR DI SMART KUANTAN

Pada 17 Jun 2025 (Selasa), Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib (SMART) Kuantan telah dipilih sebagai lokasi penganjuran Program Corporate Social Responsibility (CSR) hasil kolaborasi strategik antara Universitas Ahmad Dahlan (UAD), Universitas Islam Indonesia (UII), Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP) dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).

Program ini melibatkan penyertaan aktif seramai 177 orang pelajar Tingkatan 4 SMART Kuantan dalam pelbagai aktiviti berteraskan inovasi, kelestarian dan pendidikan komuniti. Delegasi UAD telah memperkenalkan teknik penghasilan lilin aromaterapi daripada minyak masak terpakai, manakala delegasi UII berkongsi kaedah eco-printing menggunakan daun semula jadi, serta demonstrasi penyediaan minuman tradisional Indonesia, wedang jahe (teh halia).

Pengetua SMART Kuantan, Puan Juwita binti Jamaludin, turut menyatakan rasa penghargaan atas pemilihan sekolah tersebut sebagai tuan rumah, dan menyuarakan hasrat untuk mengadakan lawatan balas ke Indonesia sebagai usaha memperluas pendedahan pelajar terhadap pengalaman pendidikan antarabangsa.

📆 Sepanjang lawatan tiga hari dua malam (16–18 Jun 2025), delegasi antarabangsa turut diraikan dalam majlis makan malam rasmi di Dewan Banquet, Kampus UMPSA Gambang yang dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa), Lt. Kol. Dato’ Profesor Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad bin Sulaiman, serta barisan pengurusan FTKKP.

Selain itu, delegasi telah dibawa melawat ke beberapa fasiliti utama seperti MakersLab dan EV Lab di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif (FTKMA) UMPSA Pekan, Pusat Penyelidikan Bendalir dan Proses Termaju (CARIFF) serta Pameran CITREX 2025 sempena Hari Terbuka UMPSA dan Hari TVET Negara.

✨ Program ini jelas mencerminkan sinergi yang mantap antara pendidikan, inovasi dan kemasyarakatan, selain memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia serta menzahirkan peranan UMPSA sebagai jambatan ilmu dan pemangkin kolaborasi serantau.

Image
ADDRESS

Faculty of Chemical and Process Engineering Technology
Level 1 Chancellery Building
Universiti Malaysia Pahang
Al-Sultan Abdullah
Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob
26300 Kuantan
Pahang Darul Makmur.