BENGKEL PEMURNIAN DAN PEMERKASAAN PENILAIAN PROGRAM PEMBELAJARAN BERASASKAN PEKERJAAN (WORK BASED LEARNING) BAGI PROGRAM TEKNOLOGI PENYELENGGARAAN FASILITI MINYAK DAN GAS
Pada 19 Februari 2024 telah berlangsung Bengkel Pemurnian dan Pemerkasaan Penilaian Program Pembelajaran Berasaskan Pekerjaan atau lebih dikenali sebagai Work Based Learning (WBL) bagi Program Teknologi Penyelenggaraan Fasiliti Minyak dan Gas (BVF) bersama Ketua Program, Ts. Dr. Nor Khonisah Binti Daud dan tenaga pengajar beserta 6 wakil pemain industri.
Wakil industri terdiri daripada Pengarah Urusan Crescent Engineering (M) Sdn. Bhd., En. Mohamad Azmi Kamari, Pengarah Pemasaran Teknikal, En. Ahmad Rizal Mohamad dan Tn. Haji Muhammad Muhsin. Manakala daripada EIMTEC Maintenance Sdn. Bhd. diwakili oleh Pn. Aishah Aminuddin. Turut hadir adalah MKay Energy Sdn. Bhd. yang diwakili oleh Pn. Norikma Abdullah, daripada Ponterosso Technics Sdn. Bhd. diwakili oleh Pn. Shakina Abu Hassan, daripada TTES Fronken Sdn. Bhd. diwakili oleh Pn. Agustina dan juga Metro Quest Sdn. Bhd. yang telah diwakili oleh En. Muhammad Hanif Jasmi.
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua wakil industri di atas kehadiran dan maklum balas yang dikongsi sepanjang bengkel dijalankan.
Latest News
19 December 2024